Free Widgets

29 February 2012

Tentang Rasa



first dengar lagu nih kat dlm drama Vanilla Coklat..
sape2 yg tgk citer Vanilla Coklat mesti biase dengar lagu nih..
and aku pon terus jatuh cinta kat Amir eh silap...
terus jatuh cinta kat lagu nih...kenape?????
sebab lagu ni aku rase sweet sangat..aku kan suke layan lagu2 cinta nih..
hahaha..puiii konon jiwang la kan..

ade s0rang mamat ni tanye aku best ke lagu Tentang Rasa...
best la der..sure mesti ko xpenah dgr kan..tu yg tanye best ke tak..huhuhu..

malas nk ckp banyak..jom layan lagu nih..

Tentang Rasa by Astrid


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


tiap2 malam harus ku layan lagu ini..
and awal pagi pon still layan lagu ni..
tunggu dah bosan baru aku layan lagu lain..

*** terasa nak buat ringtone kat hp plak lagu nih..hehehe..same plak ngan my friend buat ringtone hp dia lagu nih..











25 February 2012

tips bahagia via IT version..



kate budak IT..sampai tips bahagia pon haruslah ade dlm IT version..hahaha..
ni aku kopipes je  dr mmbe kat fb.. 

BACA DARI BAWAH KE ATAS…

15. da save...simpan dalam folder yang ade lock security iaitu..ikat lah hubungan anda dengan pertalian suami isteri...:)
14. Edit hubungan sampai cantik...jangan lupa save yang da edit tu..;p
13. Dah scan..g google..cari ketenangan..jawanpan..da jmpe kt google..edit hubungan anda...
12. pastikan virus yang masuk scan dulu iaitu berbincang..kemudian refresh lagi...lagi & lagi...
11. jika virus masuk...jangan terus swicth off hubungan anda..
10. jika ada virus pastikan anda memiliki anti virus iaitu toleransi..
9. jangan bagi banyak virus kat pasangan..nanti pasangan akan selalu hang...
8. Bluetooth percakapan yang sopan dengan pasangan agar dia boleh menerima....
7. Masuk file manager..simpan hati yang da d configure dalam folder..
6. configure hati kita dan hati pasangan...dengan mengenal hati budi masing2...
5. Paste dalam diri kita..:)Copy nasihat dari orang lain..
4. Refresh masalah yang berlaku dalam hubungan...
3. Setting hubungan cinta..:)
2 .Fahami dia..beri sedikit kebebasan untuknya...
1.Hargai pasangan anda...



**** tibe2 mood terjiwang plak sampai de tips bahagia..


21 February 2012

Teen Wolf...

Teen Wolf..atau dlm melayu Serigala Remaja..
aritu tgk iklan kat tv9 ade citer nih..
mcm best jer..nak tgk la..
jom duduk dpn tv ramai2 tgk Teen Wolf..
setiap ari selasa pukul 10.30 mlm..
start malam ni ye kawan2..





seronok sbb Tyler Posey blakon..hahaha..
siapakah Tyler Posey??? ala pelakon citer Teen Wolf la..
dye hensem tu yg excited nk tgk tu..semate2..
okeh..nk date ngan dye la every tuesday..pukul 10.30mlm..
jgn jeles ye..huhuhu

boleh cair tgk dye senyum....mak aih...........sweet nye senyuman..



***kat astro dh tayang lame dah citer ni..aku jer tak perasaan rupenye..coiiii...



14 February 2012

Cinta Kontrak




sebenar dh lame aku beli novel nih..awal bulan 1 kot..
tp skrg baru dapat bace..
bukan ape, xde mase..bizi ngan assignment sumer..konon la..hahaha..
mula2 ingt xmo amik sbb cover dia sangat la biase2 jer..
tangan henna..tgk cover,tak menarik minat pon nak bace kan..tp tgk sinopsis dye best plak kan..
lagipon ramai yg ckp novel ni best..


aku beli buku ni kat kedai Buku Popular..
Best Seller kot kat Popular..no.1 dlm carta..
wah dh mcm lagu plak kan de carta2..
tu yg rembat tu..pakai baucer 1 Malaysia plak kan beli..

novel ni best giler...best sangat2..
penceritaan dia pon sangat la sempoi...xbosan la kalo bace..
aku suke citer yg sempoi2 ni..

sinopsis Cinta Kontrak:

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.


sile la beli ye..mmg x menyesal la kalo bace..serious aku ckp..
nak pinjam dr aku buku ni mmg x dapat la ye..
bukan pe, de mmbe yg pinjam novel2 aku tp x reti2 nk pulangkan balik..
s0..xmo dah nk bg pinjam org..
gi carik sendirik la weh kat kedai..huhuhu..



note: penulis dia sangat mude ye..baru umor 19 tahun beb..salute la kat dye sbb novel dye sangat menarik + best..caya la dik..


07 February 2012

kena berhati-hati sentiasa

-copipes dari facebook-


terasa nk share2 dgn kaum wanita semua..bukan ape,untuk keselamatan jugak..



-picture hiasan sahaja..

HARUS BACA !
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam



note: takot plak aku nk gi isi minyak sorang2..ish2x..mintak dijauhi la perkara2 yg tak baik..

04 February 2012

Biar Sampai Ke Bintang




selalu dengar lagu ni kat Hotfm..
#sedap jugak lagu nih..mula2 dgr xtaw sape punye lagu..
pastu deejay ckp lagu asmidar..
0h, juara v0kal bukan sekadar rupe tu..

sekarang dok ulang2 lagu ni jer..
xtaw nape..#suke lgu ni..



ni lirik lagu dia..


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

jom nyanyi..hihihi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...