sabtu lepas my mom beli sayur pucuk paku..
then my mom kata nak masak kerabu pucuk paku...
ohhh sedapppp tu...meh2 nak tunjuk cmne nak buat pucuk paku..
sangat2 senang okey nak buat kerabu ni...
Bahan2 yg perlu ada:
1) pucuk paku..
2) bawang merah
3) bawang putih
4) cili padi
5) ikan bilis / udang kering
6) kelapa parut yang digoreng
7) air perahan limau kasturi
8) garam
9) gula
tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis/udang kering..
aku guna ikan bilis sebab takde udang kering..
kalau yg suka pedas letak banyak cili padi baru berapi sikit..hehehe..
goreng kelapa parut..eh, parut ke kukur ye? hmmm watever la janji kelapa yg dh mesin tu..
celur/ rebus pucuk paku...
lepas dah celur tu toskan airnya...
gaul dengan bahan2 yg korang dah tumbuk tadi..
gaul dengan kelapa goreng sekali..
lepas tu letak air perahan limau..2@3 biji limau kasturi..terpulang la pada korang..
letak air perahan limau sbb nk bg rasa masam2 sikit kat kerabu tu..
akhir sekali letak garam sikit dan gula sikit..
baru la ada rasa masam2 manis..
dah gaul sebati boleh la korang hidang..
ha senang kan buat kerabu pucuk paku...
boleh la buat untuk menu buka puasa nanti...kan..
tak sabarnya nak puasa...